Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 19 Februari. Tip mudah untuk pedagang baru

parent
Analisis Forex:::2024-02-19T03:19:52

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 19 Februari. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Jumaat:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 1 Jam

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 19 Februari. Tip mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang GBP/USD juga mengalami sedikit pembetulan kenaikan harga pada Jumaat, tetapi kenaikan harga atau penurunan harga tidak mempunyai kelebihan yang kuat. UK memulakan hari dagangan dengan mengeluarkan laporan penjualan runcit, yang ternyata mencatatkan bacaan lebih kuat berbanding ramalan. Tetapi atas sebab tertentu, pasaran enggan bertindak balas terhadap laporan ini, walaupun kami berhak untuk menjangkakan bahawa pound Britain akan meningkat. Pada separuh kedua hari Jumaat lalu, dua laporan AS (Indeks Harga Pengeluar dan Indeks Sentimen Pengguna Universiti Michigan) mencetuskan pergerakan bercampur-campur. Dari perspektif makroekonomi, kita melihat pergerakan yang benar-benar logik.

Aliran menurun berterusan, tetapi secara umumnya, kita kebanyakannya melihat pergerakan mendatar dan bukannya aliran menurun. Dua tahap terendah terakhir mungkin menarik garis aliran menaik. Oleh itu, kami tidak dapat mengesahkan pergerakan pasangan yang berjaya dan sukar untuk meramalkannya. Walau bagaimanapun, diperhatikan bahawa hampir semua faktor teknikal fundamental, makroekonomi, dan jangka panjang menunjukkan bahawa pound akan jatuh lebih rendah.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 19 Februari. Tip mudah untuk pedagang baru

Hanya terdapat satu isyarat dagangan yang telah dihasilkan pada carta 5 Minit. Semasa sesi dagangan Eropah, harga diniagakan perlahan dan melantun dari tahap 1.2605, selepas itu hampir berjaya mencapai tahap 1.2544, jatuh sedikit sebanyak 5 pip. Pesanan jual mungkin ditutup secara manual apabila Indeks Sentimen Pengguna AS diterbitkan, kerana laporan ini dijangka akan mempengaruhi dolar AS. Oleh itu, adalah mungkin untuk memperoleh beberapa dozen pip. Tidak ada pemulihan harga yang berlaku dari tahap 1.2544, oleh yang demikian, tidak ada alasan untuk pedagang membuka pesanan beli.

Tip dagangan pada Isnin:

Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD keluar meninggalkan saluran mendatar 1.2611-1.2787 dan berusaha sedaya upaya untuk memulakan aliran menurun. Walau bagaimanapun, ia tidak berjalan lancar lagi. Kedua-dua garis arah aliran menaik dan menurun boleh dibentuk pada carta masa setiap jam. Tiada trend yang jelas. Dalam dagangan jangka sederhana, kami menjangkakan pound akan menunjukkan pergerakan menurun, tetapi sekarang ia bergantung pada pasaran. Tidak ada fundamental untuk membuat kesimpulan mengenai kemungkinan kenaikan mata wang Britain.

Tahap utama pada carta 5 Minit adalah seperti berikut; 1.2270, 1.2310, 1.2372-1.2387, 1.2457, 1.2502, 1.2544, 1.2605-1.2611, 1.2688, 1.2725, 1.2787-1.2791, 1.2848-1.2860, 1.2913, dan 1.2981-1.2993. Pada Isnin, tidak akan ada acara atau pengumuman laporan penting yang dijadualkan di UK atau AS. Tidak akan ada apa-apa untuk bertindak balas, oleh yang demikian, kami tidak mengharapkan pergerakan trend yang kuat.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam dagangan jangka panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...