Menganalisis dagangan Isnin:
Pasangan mata wang GBP/USD pada carta 1 Jam
Pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan pergerakan menurun yang agak baik pada Isnin. Malangnya, ia tidak didorong oleh keinginan pasaran untuk menjual, melainkan oleh data ISM AS yang kuat. Pasaran tidak mempunyai pilihan selain membeli dolar AS. Walaupun begitu, adalah baik bahawa dolar AS meningkat, kerana peserta pasaran sebelumnya telah mengabaikan laporan positif untuk dolar AS dalam beberapa kesempatan. Oleh itu, walaupun harga keluar dari saluran menurun sekali lagi, aliran menurun berterusan. Kami menyebut minggu lalu bahawa selagi pasangan itu kekal mendatar dan bergerak ke tepi, sebarang isyarat teknikal tidak boleh dipertimbangkan atau dilaksanakan. Seperti yang dapat kita lihat, pergerakan menurun kembali pada Isnin. Dan pada hari-hari terakhir dalam seminggu, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan melanjutkan dagangan ke tahap lebih rendah jika pasaran akhirnya keluar dari fasa mendatar dalam carta 24 Jam, dan jika laporan AS ternyata kukuh.
Pasangan mata wang GBP/USD pada carta 5 Minit
Dua isyarat dagangan telah dibentuk pada carta 5 Minit. Harga turun di bawah tahap 1.2605-1.2611 pada awal sesi dagangan AS, menunjukkan bahawa pesanan jual harus dibuka. Pada penghujung hari, tahap 1.2541 telah diuji, dari mana harga melantun semula dengan tepat. Pada ketika ini, adalah dinasihatkan kepada para pedagang agar menutup pesanan jual. Keuntungan berjumlah kira-kira 50 pip.
Tip dagangan pada Selasa:
Pada carta 1 Jam, aliran menurun berterusan. Malangnya, pasaran tidak selalu berdagang secara logik, dan pada skala global, keadaan masih menyerupai trend mendatar. Pada Isnin, dolar AS mengukuh seperti yang dijangkakan, tetapi ini tidak bermakna ia akan sentiasa berlaku. Pergerakan masih agak huru-hara, dan membuat kesimpulan berdasarkan satu hari selepas 4 bulan pasaran mendatar bukanlah keputusan yang terbaik.
Pada Selasa, pedagang baru boleh menggunakan tahap 1.2541 sebagai titik rujukan. Pada masa ini, pasangan mata wang ini telah melantun daripadanya, menunjukkan bahawa kemasukan pesanan beli boleh dipertimbangkan pada sebelah pagi (jika keadaan tidak berubah). Sekiranya harga menembusi tahap ini, maka anda boleh membuka pesanan jual baru.
Tahap utama pada carta 5 Minit adalah 1.2372-1.2387, 1.2457, 1.2502, 1.2544, 1.2605-1.2611, 1.2648, 1.2691, 1.2725, 1.2787-1.2791, 1.2848-1.2860, 1.2913, dan 1.2981-1.2993. Tiada acara penting yang dijadualkan di UK. Pada hari Selasa, kami akan mengetengahkan laporan JOLTs AS mengenai peluang pekerjaan. Ini bukan petunjuk yang paling penting, tetapi pasaran masih boleh bertindak balas terhadapnya. Volatiliti pasaran mungkin berkurangan dan pasangan mata wang ini cenderung untuk memulakan langkah pembetulan.
Peraturan asas sistem dagangan:
1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Bagaimana untuk membaca carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam dagangan jangka panjang.