Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Acara utama pada 19 April: Analisis fundamental untuk pedagang baru

parent
Analisis Forex:::2024-04-19T06:44:03

Acara utama pada 19 April: Analisis fundamental untuk pedagang baru

cAnalisis laporan makroekonomi:

Acara utama pada 19 April: Analisis fundamental untuk pedagang baru

Untuk Jumaat, siri acara makroekonomi boleh dikatakan tiada. Kami hanya dapat mengetengahkan laporan penjualan runcit UK, yang akan dikeluarkan dalam tempoh beberapa jam akan datang. Walaupun laporan ini mempunyai tahap kepentingan yang sederhana, apakah reaksi yang boleh dicetuskannya dalam keadaan semasa? Mungkin 20-30 pip paling banyak. Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan hampir mendatar sepanjang minggu. Semalaman, terdapat lantunan semula dari sempadan bawah mendatar ini - tahap 1.0618. Oleh itu, kemungkinan besar kita akan melihat pergerakan menaik yang baru, tanpa mengira sifat laporan ini.

Analisis acara fundamental:

Acara utama pada 19 April: Analisis fundamental untuk pedagang baru

Terdapat beberapa acara fundamental yang dijadualkan pada Jumaat, tetapi semuanya akan berlaku pada sebelah petang, oleh yang demikian, ia tidak akan memberi kesan kepada pergerakan kedua-dua pasangan mata wang pada siang hari. Wakil Bank of England (BoE) Dave Ramsden, dan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) Lael Brainard dijadualkan akan berucao. Oleh kerana kami telah mendengar ucapan dari Jerome Powell dan Andrew Bailey minggu ini, yang secara objektif lebih penting, tetapi pasaran pada umumnya mengabaikannya, kami tidak percaya bahawa Ramsden dan Brainard akan dapat menyampaikan apa-apa maklumat yang sangat penting sehingga akan menimbulkan reaksi pasaran yang kuat.

Kesimpulan umum:

Dijadualkan akan terdapat beberapa acara ekonomi akan berlangsung pada Jumaat. Volatiliti pasaran mungkin rendah; kedua-dua pasangan mata wang mungkin cuba membentuk pembetulan kenaikkan baru sebagaimana ia telah menemui tahap sokongan penting dalam perjalanan menuju ke arah bawah.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam dagangan jangka panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...