Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ GBP/USD: Tip dagangan sesi Eropah untuk pedagang baru pada 19 April.

parent
Analisis Forex:::2024-04-19T09:05:16

GBP/USD: Tip dagangan sesi Eropah untuk pedagang baru pada 19 April.

Gambaran keseluruhan dagangan semalam dan tip untuk pasangan mata wang GBP/USD

Ujian harga 1.2460 pada sebelah petang berlaku sewaktu indikator MACD turun secara mendadak dari tahap sifar, yang mengehadkan potensi penurunan harga pasangan ini. Atas sebab itu, saya tidak menjual pound, walaupun isyaratnya kelihatan sangat menjanjikan. Seperti yang anda lihat pada carta, selepas jatuh sebanyak 15 pip, tekanan pada pound telah berkurangan. Kekurangan data penting semalam memberi kesan buruk kepada pound. Hari ini, laporan mengani jualan runcit UK dijadualkan akan dikeluarkan, yang mungkin hanya sebahagiannya mempengaruhi arah pasaran. Sekiranya bacaan bertepatan dengan ramalan ahli ekonomi, pound mungkin akan mengabaikan data dan tekanan pada pasangan akan kembali pada sebelah petang. Bagi strategi dagangan intraday, saya akan lebih bergantung kepada pelaksanaan senario No. 1 dan No. 2.

GBP/USD: Tip dagangan sesi Eropah untuk pedagang baru pada 19 April.

Isyarat Beli

Senario No. 1. Saya merancang untuk membeli pound hari ini apabila pasangan GBP/USD mencapai titik masuk pada 1.2424 yang digambarkan oleh garis hijau pada carta, yang mensasarkan pertumbuhan ke tahap 1.2468 yang digambarkan oleh garis hijau yang lebih tebal pada carta. Di kawasan 1.2468, saya akan menutup pesanan beli dan membuka pesanan jual ke arah yang bertentangan (menjangkakan pergerakan 30-35 pip ke arah yang bertentangan dari tahap). Anda boleh bergantung pada pertumbuhan pound hari ini hanya setelah data penjualan runcit merekodkan bacaan yang kuat. Sebelum membeli, sila pastikan penunjuk MACD berada di atas tahap sifar dan baru mula menaik daripadanya.

Senario No. 2. Saya juga merancang untuk membeli pound hari ini sekiranya terdapat dua ujian berturut-turut pada tahap 1.2401 sewaktu indikator MACD berada di kawasan terlebih jual (oversold). Ini akan mengehadkan potensi penurunan pasangan mata wang dan membawa kepada pembalikan menaik. Kenaikan harga ke tahap bertentangan 1.2424 dan 1.2468 dijangkakan.

Isyarat Jual

Senario No. 1. Saya merancang untuk menjual pound hari ini selepas tahap 1.2401 diuji (garis merah pada carta), yang akan mendorong kepada penurunan mendadak pada pasangan mata wang GBP/USD. Sasaran utama untuk penjual adalah pada tahap 1.2353, di mana saya akan menutup pesanan jual dan juga segera membuka pesanan beli ke arah yang bertentangan (menjangkakan pergerakan menaik 20-25 pip dari tahap itu). Anda boleh menjual pound setelah pasangan ini gagal untuk mengukuh berhampiran tahap tinggi tempatan. Sebelum menjual, sila pastikan petunjuk MACD berada di bawah tahap sifar dan baru mula menurun daripadanya

Senario No. 2: Saya juga merancang untuk menjual pound hari ini sekiranya terdapat dua ujian berturut-turut pada tahap 1.2424 sewkatu indikator MACD berada di kawasan terlebih beli (overboight). Ini akan mengehadkan potensi kenaikan pasangan dan membawa kepada pembalikan pasaran menurun. Kita boleh menjangkakan penurunan harga ke tahap bertentangan 1.2401 dan 1.2353.

GBP/USD: Tip dagangan sesi Eropah untuk pedagang baru pada 19 April.

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau - titik masuk harga di mana anda boleh membeli pasangan GBP/USD

Garis tebal hijau tebal - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.

Garis halus merah - harga kemasukan di mana anda boleh menjual pasangan GBP/USD

Garis tebal merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini tidak mungkin.

Garisan MACD- adalah penting untuk berpandukan oleh kawasan terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran

Penting: Pedagang baharu perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...