Menganalisis Dagangan pada Khamis:
GBP/USD pada carta 1 Jam
Pasangan GBP/USD juga mencuba untuk memulakan pergerakan menurun pada hari Khamis selepas harga mengukuh di bawah garis trend menaik, tetapi gagal. Walau bagaimanapun, pasaran kekurangan sokongan asas dan makroekonomi untuk menyambung semula pergerakan menaik. Harga tidak melebihi tahap tertinggi Isnin, jadi secara formal, trend pada carta sejam telah bertukar kepada penurunan harga. Namun, pound secara formal belum mula menurun walaupun semua faktor menunjukkan bahawa ia sepatutnya telah bermula.
Mesyuarat FOMC diadakan minggu ini, hasilnya mungkin lebih memuaskan pembeli dolar AS berbanding mereka yang memiliki pound. Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell secara terbuka menandakan bahawa penurunan kadar tidak akan berlaku segera selepas tiada kemajuan lanjut mengenai inflasi. Beliau menambah bahawa Fed tidak yakin bahawa paras sasaran akan dicapai, jadi tidak akan ada perbincangan mengenai pelonggaran dasar monetari sehingga inflasi mula melambatkan dengan ketara. Secara umumnya, ini adalah "lanjutan" lagi tempoh dasar agresif di AS, yang menyokong dolar AS.
GBP/USD pada carta 5 Minit
Beberapa isyarat dagangan telah dibentuk pada carta 5 Minit. Semasa sesi dagangan Eropah, pasangan mata wang ini telah melantun sebanyak dua kali dari kawasan 1.2541-1.2547, oleh yang demikian, pedagang boleh membuka kedudukan jual. Selepas itu, harga terus jatuh di bawah tahap 1.2502, tetapi menjelang akhir hari, sebut harga kembali ke julat 1.2541-1.2547. Oleh itu, pedagang boleh memperoleh kira-kira 20 pip keuntungan dari kedudukan jual. Bagi isyarat beli terakhir berhampiran tahap 1.2502, ia terbentuk agak lewat, jadi pedagang boleh mengabaikannya. Namun, pedagang yang melaksanakannya mendapat keuntungan.
Petua Perdagangan pada Jumaat:
Pada carta 1 Jam, pasangan GBP/USD mempunyai prospek yang baik untuk membentuk trend menurun, tetapi kini sedang melalui pembetulan harga. Fasa pembetulan ini agak kuat. Latar belakang asas dan makroekonomi terus menyokong dolar jauh lebih daripada pound British. Oleh itu, kami hanya menjangkakan pergerakan menurun dari pasangan ini.
Hari ini, pedagang baru boleh menggunakan kawasan 1.2541-1.2547 sebagai titik rujukan. Lantunan semula dari kawasan ini akan memungkinkan pedagang untuk menjual pasangan dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.2502 dan 1.2457, yang logik dan konsisten. Pedagang boleh membuka pesanan beli sebaik sahaja harga mengatasi kawasan ini, yang juga merupakan langkah logik.
Tahap utama pada carta 5 Minit adalah seperti berikut; 1.2270, 1.2310, 1.2372-1.2387, 1.2457, 1.2502, 1.2541-1.2547, 1.2605-1.2611, 1.2648, 1.2691, 1.2725, dan 1.2787-1.2791. Pada Jumaat, UK akan menerbitkan anggaran kedua Indeks Pengurus Pembelian Perkhidmatan (PMI) untuk bulan April, manakala AS akan mengeluarkan siri laporan tentang pasaran buruh dan gaji, serta Indeks Pengurus Pembelian Bukan Pembuatan ISM yang penting. Kita mungkin mengharapkan beberapa ketidaktentuan pada separuh kedua hari ini.
Peraturan asas sistem dagangan:
1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Bagaimana untuk membaca carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam dagangan jangka panjang.