
AUD/USD Gelombang Elliott
Pasangan mata wang AUD/USD telah berdagang dalam aliran menurun yang bergelora daripada tahap 0.9000, sementara tahap tinggi ini mengukuh, maka kita berkemungkinan besar akan dapat melihat tekanan menjual di dalam gelombang akhir (v) (berwarna merah) yang kini sedang membangun. Berdasarkan pada carta 1 jam di atas, kami mendapati bahawa tekanan harga daripada tahap 0.8952 adalah tinggi dan kini kita perlu untuk memerhatikan gelombang impulsif iii (berwarna biru) sebagai gelombang lanjutan, penembusan harga di bawah tahap rendah sebelum ini pada tahap 0.8875 harus menyediakan kita satu isyarat menjual ke arah tahap 0.8952 (pedagang swing boleh menggunakan tahap 0.9000 sebagai stop loss) dan kita akan memerhatikan pergerakan menurun bagi pasangan mata wang ini untuk beberapa hari yang akan datang. Selaeas dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang 3 perlu menjejaki semula 161.8% daripada gelombang 1, maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang 1 dengan meletakkan kedudukan Take Profit di tahap 0.8768 (161.8% daripada gelombang 1).
Sokongan dan Rintangan
(S3) 0.8823 (S2) 0.8843 (S1) 0.8871 (PP) 0.8891 (R1) 0.8919 (R2) 0.8939 (R3) 0.8967
Ramalan Dagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menurun. Itulah sebabnya kedudukan menjual akan berada pada tahap 0.8875 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 0.8952 dan Take Profit pada tahap 0.8768 adalah dicadangkan.