
Huraian:
Pasangan mata wang USD/JPY kini sedang mengukuh dengan kecenderungan risiko pasaran yang lebih rendah menjelang 1,330 GMT, pengumuman data mengenai gaji bukan perladangan AS bagi bulan Disember (dijangkakan akan meningkat sebanyak 200,000) dan kadar pengangguran (dijangkakan akan kekal tidak berubah pada 7%). Data pekerjaan yang amat kukuh akan meningkatkan kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan berkemungkinan akan mengurangkan pembelian bon pada kadar yang lebih cepat dan mula menaikkan kadar faedah jangka pendek lebih segera berbanding ramalan. Pasangan mata wang USD/JPY kini sedang dilemahkan ekoran daripada sentimen dolar yang melemah (Indeks ICE USD terdahulu 80.93 berbanding 81.07 pada awal hari ini), kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah, dan penjualan pengeksport Jepun. Tetapi sentimen dolar telah kembali tenang apabila terdapat penurunan yang lebih besar berbanding ramalan sebanyak 15,000 di dalam laporan tuntutan pengangguran AS yang mana ia telah mencatatkan sebanyak 330,000 pada minggu berakhir 4 Januari (berbanding 335,000 pada ramalan). Kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga dipengaruhi oleh permintaan dari pengimport Jepun; dasar monetari yang lebih longgar oleh Bank Jepun; pelarasan jawatan sebelum hujung minggu. Pasangan mata wang Yen terdedah kepada risiko ekoran daripada pengumuman data imbangan perdagangan China bagi bulan Disember yang bakal dikeluarkan.
Data Tumpuan:
1345 GMT Ucapan Fed Lacker
1500 GMT Data perdagangan borong bulanan AS bagi bulan November, Indeks Ekonomi Optimis IBD/TIPP untuk Bulan Januari
1805 GMT Ucapan Fed Bullard.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, walau bagaimanapun stokastik adalah neutral.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 105.1 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 105.4. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 104.2, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 104. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 104.6.
Tahap Rintangan:
105.1
105.4
105.85
Tahap Sokongan:
104.2
104
103.8