
Menjelang pada akhir tahun 2013, pergerakkan kenaikkan harga telah berjaya mencatatkan tahap tinggi tahunan baru pada 1.6576. Ia dicapai selepas penstabilan harga pada tahap 1.6250 bertindak sebagai tahap sokongan.
Tekanan penurunan harga telah dikenakan pada tahap harga 1.6590 bagi membolehkan pasangan ini kembali berdagang di bawah tahap 1.6460-1.6500 selepas aliran menaik berjaya menembusi pada zon ini untuk tempoh beberapa hari.
Beberapa hari kemudiannya, aliran penurunan harga telah berjaya mewujudkan tahap rendah sementara pada tahap 1.6336. Oleh yang demikian, tahap harga pada 1.6470 kekal sebagai tahap rintangan yang paling hampir. Aliran menaik telah menolak harga untuk bergerak ke arah tersebut sejak 6 Januari yang lalu.
Gambaran bagi dagangan jangka pertengahan kekal menurun ke arah tahap 1.6260-1.6230 selagi aliran menaik gagal untuk menembusi di atas 1.6460-1.6500 (zon ini menyatakan momentum penurunan harga yang agak kuat awal hari ini).
Apa jua pergerakan menaik ke arah tahap 1.6460-1.6500 patut dipertimbangkan bagi pesanan JUALAN selagi aliran menurun mempertahankan tahap 1.6500.
Para pedagang diingatkan agar memerhatikan penutupan harian harga pada hari ini. Penembusan kenaikkan harga di atas 1.6500 berkemungkinan akan membenarkan satu lagi pergerakkan kenaikkan harga ke arah tahap 1.6600 yang mana ia akan membatalkan kedudukan yang telah disyorkan.