Carta Harian: Indeks USDX dilihat telah jatuh ke tahap sokongan 80.62, setelah harga menemui rintangan dinamik pada SMA 200 berhampiran tahap 81.05. Indeks USDX kini sedang membentuk corak rendah yang lebih tinggi. Sekiranya USDX ini berjaya menembusi sokongan yang terletak pada tahap 80.62 , maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 80.11 bagi dagangan jangka masa sederhana dan secara kebetulan, indeks USDX boleh mengisi jurang kenaikkan harga yang terletak hampir pada tahap tersebut. Petunjuk MACD kini dilihat sedang memasuki zon overbought.
Carta 4H:Indeks USDX kini sedang berdagang di antara du garisan penurunan harga berhampiran pada SMA 200 SMA dan tahap 80.50. Jika USDX berjaya menembusi pada tahap sokongan 80.40 ini, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap 80.09. Walau bagaimanapun, kita menjangkakan bahawa Indeks USDX akan membuat lantunan semula kenaikkan harga pada SMA 200 dan melonjak di atas garisan aliran menaik, walau bagaimanapun, ini hanyalah kemungkinan kecil, sebagaimana carta harian menunjukkan banyak tekanan penurunan harga. Petunjuk MACD masih lagi berada di dalam wilayah negatif.
Carta 1H:Indeks USDX kini sedang membentuk corak rendah yang lebih tinggi di bawah SMA 200 dan rintangan pada tahap 80.73. Sekiranya Indeks USDX berjaya menembusi sokongan yang terletak di tahap 80.59, maka harga dijangkakan akan jatuh ke tahap 80.35, yang mana ia akan menjadi permulaan kepada satu aliran menurun bagi dagangan jangka sederhana. Sebaliknya, jika USDX berjaya membuat lantunan semulan kenaikkan harga pada tahap semasa, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap 80.73. Petunjuk MACD kini dilihat sedang memasuki zon oversold yang melampau.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagng disarankan agar mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX berjaya menembusi pada cartalilin penurunan harga, dengan menetapkan sokongan di tahap 80.59, take profit pada tahap 80.35, dan stop loss pada 80.83.