
Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang EUR/NZD telah berdagang dalam aliran menaik, sepertimana yang telah kita jangkakan, harga dilihat telah menguji tahap 1.6493 pada jumlah tinggi. Seperti yang dapat anda lihat pada carta, FR 61.8% kami yang terletak pada tahap 1.6270 telah membangun dengan jayanya dan harga telah memulakan pergerakan ke arah atas dari sudut tersebut. Kita dapat memerhatikan bahawa bekalan telah memasuki pasaran pada tahap 1.6460, oleh yang demikian, kita berkemungkinan akan dapat melihat sedikit penurunan dan ujian harga FR 38.2% pada tahap 1.6390 atau FR 61.8% pada tahap harga 1.6325. Harga telah menembusi stesen menaik ketiga kami pada tahap 1.6480 (FE 161.8%) pada jumlah tinggi. Sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap 1.6515 (FR utama 38.2%), maka kita berkemungkinan akan dapat melihat ujian harga pada FR 61.8% di tahap 1.6695. Para pedagang juga diingatkan bahawa pasangan mata wang EUR/NZD kini sedang didagangkan di dalam aliran menaik jangka pendek pertengahan dan kedudukan menjual pasangan mata wang EUR/NZD pada tahap ini kelihatan sangat berisiko, oleh itu, kami mencadangkan kepada anda untuk memerhatikan peluang membeli dan cuba untuk mendapatkan fasa kesinambungan kenaikkan harga.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1.6450
R2: 1.6493
R3: 1.6562
Tahap Sokongan:
S1: 1.6313
S2: 1.6270
S3: 1.6202
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa menjual pasangan mata wang EUR/NZD, perhatikan peluang untuk membeli dan cuba dapatkan fasa kesinambungan kenaikkan harga.