
Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan didagangkan dengan kecenderungan ke tahap yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh laporan IHP S4 New Zealand yang lebih kukuh, pendirian dasar monetari agresif oleh Bank Rizab New Zealand dan permintaan mata wang dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD melemah dan mata wang dolar yang semakin melemah. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, walau bagaimanapun stokastik adalah neutral.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8335 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.839. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8225, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8195. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.827.
Tahap Rintangan:
0.8355
0.8385
0.8425
Tahap Sokongan:
0.8225
0.8195
0.8155