
Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan ekoran daripada penghindaran risiko pelabur yang kian meningkat dan penjualan pengeksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini adalah akibat daripada permintaan dari pengimport Jepun. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah penurunan harga, dan stokastik kini telah membalikkan aliran daripada mod penurunan harga di wilayah oversold, manakala purata pergerakkan 5 dan 15 hari kini kian menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 171.3 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 172.4. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 167.45, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 166.4. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 168.3.
Tahap Rintangan:
171.3
172.4
173
Tahap Sokongan:
167.45
166.4
165.35