Carta Harian: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk memulakan semula aliran kenaikkan harga yang telah hilang untuk tempoh beberapa minggu. Kini, USDX sedang menuju ke arah purata pergerakkan 200-hari, kerana ia akan membuat penembusan harga pada tahap rintangan 80.62. Walau bagaimanapun, sekiranya Indeks USDX ini membuat lantunan semula penurunan harga pada tahap semasa, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 80.11. Petunjuk MACD masih berada di dalam wilayah negatif.

Carta 4H: SMA 200 kini sedang bertindak sebagai tahap rintangan yang dinamik buat Indeks USDX, oleh itu kita perlu bersedia untuk apa jua lantunan semula penurunan harga berhampiran pada tahap ini. Walau bagaimanapun, USDX kini dilihat sedang cuba untuk mengukuh di atas tahap harga ini. Sekiranya berhadil, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap rintangan pada 80.83. Penunjuk MACD kini berada di dalam lingkungan positif, oleh yang demikian pengukuhan aliran kenaikkan harga adalah amat berpotensi.

Carta 1H: Indeks USDX mempunyai sokongan yang kuat pada tahap 80.59 dan kini, ini dilihat sedang cuba untuk mendaki ke arah purata pergerakkan 200-hari, yang terletak berhampiran dengan tahap rintangan 80.73. Sekiranya Indeks USDX berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat ke tahap 80.93. Sebaliknya, jika Indeks USDX menembusi sokongan yang terletak pada tahap 80.59, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 80.35. Penunjuk MACD kini berada di wilayah neutral.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi pada cartalilin penurunan harga, dengan menetapkan sokongan pada tahap 80.59, take profit pada tahap 80.35, dan stop loss di tahap 80.83.