General overview for 29/01/2014 07:30 CET
Harga dilihat telah mencecah pada tahap rintangan teknikal yang sangat penting seperti yang dinyatakan semalam dan kini penolakan atau penembusan harga adalah berkemungkinan. Perkiraan semasa mencadangkan, bahawa pembangunan gelombang menaik hanyalah di dalam tiga gelombang setakat ini dan didapati terdapat satu lagi kenaikkan yang hilang. Oleh itu, sekiranya harga menembusi ke arah atas, maka tahap rintangan yang seterusnya adalah pada kawasan bekalan di antara tahap 141.62-141.76. Para pedagang diingatkan bahawa garisan aliran penurunan emas kini berada hanya di atas kawasan ini. Ia berkemungkinan juga akan memberikan rintangan yang selanjutnya. Sebaliknya, sekiranya harga menembusi ke arah bawah, maka tahap pertama yang perlu diberikan tumpuan adalah pada sokongan urusniaga harian yang terletak pada tahap 140.86 dan juga garisan aliran sokongan merah. Penemusan penurunan harga pada tahap tersebut akan menyatakan bahawa pangsi mingguan berpotensi untuk diuji sekali lagi.
Sokongan/Rintangan:
141.76 - 141.62 - Zon Bekalan
141.24 - WR1
141.02 - Tahap Utama
140.80 - Sokongan Urusniaga Harian
140.16 - Pangsi Mingguan
Cadangan Perdagangan:
Selagi tahap 141.24 masih lagi bertindak sebagai rintangan, maka kedudukan menjual harus diambil dengan menetapkan SL di atas tahap 141.26 dan TP pada tahap 140.86 dan 140.16.
