Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian USDX untuk 05 Februari, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-02-04T22:58:57

Analisis Harian USDX untuk 05 Februari, 2014

Carta Harian: Indeks USDX kekal berdagang di atas SMA 200 dengan corak kenaikkan harga yang jelas. Kecenderungan aliran kenaikkan harga masih sah bagi USDX sebagaimana Indeks USDX masih lagi belum mencecah tahap dibawah SMA 200. Tahap rintangan yang paling hampir terletak pada tahap 81.50, oleh yang demikian Indeks USDX kini memerlukan beberapa momentum yang cenderung terhadap faktor-faktor fundamnetal bagi membolehkan harga keluar dari julat ketidaktentuan pasaran yang mana ia telah berlanjutan pada minggu ini. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.

Analisis Harian USDX untuk 05 Februari, 2014

Carta 4H: Indeks USDX telah berdagang di dalam julat yang rendah iaitu di antara tahap harga 81.19 dan 80.99. Sekiranya Indeks USDX ini berjaay mengukuh di bawah tahap 80.99, maka Indeks USDX berkemungkinan akan jatuh ke tahap SMA 200. Walau bagaimanapun, apa jua penembusan harga di atas tahap 81.29 akan menjadi kesinambungan aliran menaik semasa bagi Indeks USDX. Petunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah negatif. Analisis Harian USDX untuk 05 Februari, 2014

Carta 1H: Indeks USDX mempunyai rintangan pada tahap 81.19 di mana ia adalah merupakan tahap yang paling hampir dengan titik kawalan. Indeks USDX perlu menembusi pada tahap tersebut untuk mengukuhkan lagi aliran menaik. Walau bagaimanapun, para pedagang harus diingatkan bahawa USDX kini berada sangat hampir dengan purata pergerakkan 200 hari, oleh yang demikian para pedagang harus lebih berhati-hati apabila membuat pesanan urusniaga harian pada hari ini. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah neutral.

Analisis Harian USDX untuk 05 Februari, 2014

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang dinasihatkan untuk membuka kedudukan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi pada cartalilin kenaikkan arga, dengan menetapkan rintangan pada tahap 81.19, take profit pada 81.40, dan stop loss di tahap 80.98.

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...