
Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir emas telah didagangkan dalam aliran menaik. Harga dilihat telah menguji tahap 1,252.20 pada jumlah yang lebih rendah. Analisis kami yang terdahulu masih lagi sah dan sekiranya harga berjaya menembusi tahap 1,266.00 pada jumlah yang lebih tinggi, maka kami menjangkakan bahawa harga akan melanjutkan pergerakkan menaik ke tahap yang lebih tinggi dan meneruskan fasa pembetulan kenaikkan harga. Sebaliknya, jika harga menembusi pada tahap 1,238.00, maka kami meramalkan lanjutan fasa kesinambungan penurunan harga dan harga berpotensi untuk menguji pada tahap 1,222.00. Kami mendapati bahawa klimaks membeli utama terletak pada tahap harga 1,264.7 yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa kedudukan membeli emas pada tahap ini kelihatan amat berisiko. Kedudukan membeli emas kelihatan berisiko kerana harga kini sedang berada di dalam aliran penurunan harga jangka pendek dan jangka-pertengahan, dan kita juga berkemungkinan akan dapat melihat pengakhiran fasa pembetulan kenaikkan harga utama ABCD.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1,258.80
R2: 1,262.00
R3: 1,267.20
Tahap Sokongan:
S1: 1,248.40
S2: 1,245.20
S3: 1,240.00
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa membeli komoditi ini, perhatikan peluang untuk membeli dan cuba dapatkan fasa kesinambungan penurunan harga sekiranya harga menembusi pada tahap 1,238.00.