
USD/CAD Gelombang Elliott
Pada minggu lalu, pasangan mata wang USD/CAD telah didagangkan dalam aliran menurun, sepertimana yang telah kita jangkakan. Penarikan semula harga daripada tahap 1.1222 kini telah berakhir, dan kini kami akan mencari isyarat membeli baru pada minggu ini. Berdasarkan pada carta 1 jam, kami mendapati bahawa terdapat pergerakan penurunan harga daripada tahap tinggi dan ia mempunyai tujuh ayunan harga, yang mana ia adalah merupakan isyarat awal bahawa gelombang [x] (berwarna hijau) akan berakhir pada tahap 1.0965. Kami akan menunggu sehingga harga menembusi di atas garisan aliran (1.2222 ke arah 1.1121) yang mana ia akan mengesahkan pengakhiran gelombang [x] dan untuk pembatalan kita boleh menggunakan tahap rendah hari Jumaat. Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang [z] perlu melanjutkan 100% daripada gelombang [w], maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang [w] dengan meletakkan kedudukan Take Profit pada tahap 1.1490 (100% daripada gelombang [w]).
Perkiraan Alternatif: Penembusan harga di bawah tahap 1.0965 akan memaklumkan kepada kita bahawa kitaran gelombang [x] (berwarna hijau) masih lagi belum selesai, sekiranya ini berlaku, maka tahap sokongan yang seterusnya dan kawasan membeli berpotensi akan berada pada tahap 1.0911-50% daripada gelombang [y].
Sokongan dan Rintangan
(S3) 1.1009, (S2) 1.1036, (S1) 1.1053, (PP) 1.1080, (R1) 1.1107, (R2) 1.1124, (R3) 1.1151.
Ramalan Perdagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menaik. Itulah sebabnya kedudukan membeli akan berada pada tahap 1.0270 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 1.0965 dan Take Profit pada tahap 1.1495 adalah dicadangkan.