
Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah berjaya menembusi sasaran unjuran yang terletak di sekitar tahap 1.6600 apabila penembusan aliran kenaikkan harga di atas tahap 1.6250 telah dimulakan.
Tahap harga 1.6600 kini bertindak sebagai rintangan harian bagi pasangan mata wang ini.
Pergerakan kenaikkan harga yang terdahulu telah melepasi tahap harga 1.6600 sekaligus menjadikan tahap 1.6666 sebagai tahap tertinggi pada bulan Januari. Walau bagaimanapun, cartalilin harian penyelubungan penurunan harga telah kelihatan serta-merta dari tahap tinggi ini (1.6666).
Tahap permintaan yang paling hampir terletak pada tahap 1.6250 yang mana ia adalah bersamaan dengan penubuhan bahagian bawah baru-baru ini pada 17 Disember yang lalu dan juga pelbagai tahap tinggi sebelumnya.
Cartalilin HARIAN pada minggu lalu dilihat telah gagal untuk menembusi tahap 1.6250 dan ia telah memberikan kesan terhadap cartalilin di mana ia telah menyatakan kehadiran kenaikkan harga di sekitar tahap 1.6250 bagi membolehkan harga bergerak ke arah tahap 1.6470 yang mana tahap ini adalah merupakan tahap BEKALAN terhampir untuk bertemu dengan pasangan.
Gambaran harian masih lagi mengukuh dengan aliran kenaikkan harga menuju ke arah tahap 1.6470 selagi tahap 1.6250-1.6300 ini dilindungi oleh aliran kenaikkan harga.
Selepas tahap 1.6470, tahap BEKALAN yang seterusnya untuk bertemu pasangan mata wang adalah pada tahap 1.6600.