Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 11 Februari, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-02-11T02:05:28

Analisis Teknikal Emas untuk 11 Februari, 2014

Para pedagang Cina kini telah kembali ke dalam pasaran sejak hari Jumaat yang lalu. Emas kini sedang didagangkan kira-kira 1% lebih tinggi berbanding pada kedudukan harga sebelum cuti bermula, masih terdapat permintaan sebaik sahaja pedagang China kembali. Penggunaan emas di negara China melonjak sebanyak 41% pada tahun 2013. Tumpuan para pedagang pada hari ini lebih tertumpu pada laporan Pengerusi Fed mengenai dasar kewangan setengah tahun. Ucapan beliau akan memberikan petunjuk sama ada data laporan pekerjaan yang mengecewakan ini akan memberikan perubahan terhadap keputusan Fed.

Emas telah memulakan pergerakkan menaik selepas mencatatkan tahap rendah yang lebih tinggi pada hari terakhir tahun 2013. Sejak dari permulaan tahun baru 2014 hingga kini, kita telah melengkapkan 28 hari dagangan. Daripada jumlah tersebut, hanya 10 hari urus niaga yang merah dan 18 hari dagangan yang lain adalah hijau. Kita boleh melihat dengan jelas kekuatan aliran kenaikkan harga pada carta harian. Berdasarkan pada carta mingguan pula, pada masa ini kita sedang berada di dalam minggu ke-6. Hanya satu minggu adalah merah dan selebihnya 5 minggu masih hijau. Ini adalah disebabkan oleh tahap belian yang lebih rendah dan dagangan di bawah tahap $ 1,200 adalah merupakan tahap yang tidak ekonomik.

Berdasarkan pada carta mingguan dan carta harian, emas telah menembusi dan ia kini sedang didagangkan di atas garisan aliran menaik yang menurun, yang mana ini adalah merupakan faktor untuk pergerakkan kenaikkan harga. Jika kita melihat pada carta, kita akan mendapati bahawa emas telah selesai menarik semula harga pada tahap $ 1,279 (38.2% tahap penarikan semula) daripada penurunan Ogos 2013. Emas dilihat telah mencuba sebanyak 2 kali untuk menembusi tahap itu. Semalam, emas telah cuba sekali lagi untuk menembusi pada tahap tersebut. Selepas menerima laporan data pekerjaan AS yang mengecewakan, ekuiti USD sedikit terjejas. Pada hari Jumaat, pasaran saham AS meningkat semula, oleh itu emas telah jatuh. Pada hari Isnin pula, Dow Jones ditutup pada warna hijau, emas melonjak ke tahap utama. RSI kelihatan masih lagi positif pada carta harian dan mingguan. Manakala pada carta setiap jam pula, RSI dilihat tidak memihak kepada pesanan membeli.


Analisis Teknikal Emas untuk 11 Februari, 2014Analisis Teknikal Emas untuk 11 Februari, 2014

Amaran-Jika emas berdagang dan mengukuh di atas tahap $ 1,279, maka sasaran yang seterusnya berkemungkinan akan terletak pada tahap $ 1,294, $ 1,300, dan $ 1,307. Sokongan pada tahap $ 1253 dan $ 1242.

Urusniaga harian - Beli di atas tahap $1,280, sasaran pada tahap $1,289 dan $1,291.
Sokongan - $1,273, $1,264, $1,260.

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...