Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 18 Februari, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-02-17T23:05:21

Analisis Harian GBP/USD untuk 18 Februari, 2014

Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD mempunyai rintangan pada tahap 1.6766 dan pasangan mata wang kini dilihat sedang membentuk corak tinggi yang lebih rendah di bawah tahap tersebut. Pergerakan harga ini adalah normal, sebagaimana pasangan mata wang GBP/USD kini sedang berada di dalam fasa pembetulan di dalam kecenderungan kenaikkan harga tersebut. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan jatuh ke tahap sokongan 1.6663, sebagaimana pasangan mata wang GBP/USD kini sedang berada di dalam wilayah terlebih beli. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi rintangan yang terletak pada tahap 1.6766, maka harga diramalkan akan meningkat ke tahap 1.6851. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.

Analisis Harian GBP/USD untuk 18 Februari, 2014

Carta 4H: Berdasarkan pada carta ini, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah membentuk fraktal berhampiran pada tahap rintangan 1.6820. Pasangan ini berkemungkinan besar akan jatuh hingga ke tahap rintangan 1.6667, di mana pada tahap tersebut terdapat satu garisan aliran menaik. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada athap tersebut, maka harga diramalakn akan jatuh ke tahap 1.6644. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan besar akan membuat lantunan semula kenaikkan harga oada garisan aliran dan seterusnya meneruskan kecenderungan kenaikkan harga. Petunjuk MACD adalah negatif.

Analisis Harian GBP/USD untuk 18 Februari, 2014

Carta 1H:Pasangan mata wang ini mempunyai sokongan pada tahap 1.6700 dan ia telah membentuk titik kawalan pada tahap tersebut. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi rintangan yang terletak pada tahap 1.6750, maka harga diramalkan akan meningkat ke tahap 1.6800. Kami beranggapan bahawa aliran semasa harga bagi penurunan pasangan mata wang ini hanyalah merupakan pergerakkan pembetulan yang akan memihak kepada kecenderungan kenaikkan harga. Petunjuk MACD kini berada di wilayah terlebih jual.


Analisis Harian GBP/USD untuk 18 Februari, 2014

Cadangan Perdagangan: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.6750, take profit di tahap 1.6800, dan stop loss pada tahap 1.6700.

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...