Ekonomi Jepun hanya mencatatkan peningkatan sebanyak 0.3 % pada suku keempat, jauh di bawah anggaran peningkatan median yang mengunjurkan kenaikkan sebanyak 0.7% dan diikuti dengan pertumbuhan 0.3% pada bulan Julai- September. Keputusan yang mengecewakan ini akan mengekalkan tekanan ke atas Bank of Japan untuk menyokong ekonomi sebaik sahaja kenaikan cukai jualan dicatatkan pada bulan April. Dari sudut pandangan teknikal, pasangan mata wang USD/JPY dilihat telah melakukan penembusan harga dengan baik pada carta harian dan carta setiap jam. Pada sesi dagangan Asia, pasangan mata wang USD/JPY kini sedang didagangkan pada tahap 102.07. Semalam, di dalam laporan harian USDX kita, kita ada menyatakan bahawa pasangan mata wang USD ini mempunyai persediaan perdagangan yang menarik berhampiran pada zon sokongan utama. Kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli pada USDX dan USD/SGD. Selepas pasangan mata wang USD/JPY ini membuat corak 'double top' pada carta harian di tahap 102.7, harga telah membentuk pembetulan harga dengan baik. Pada dagangan hari semalam, pasangan mata wang ini telah membentuk corak 'double bottom' pada carta setiap jam di tahap 101.39. Selepas harga mengukuh dengan baik, pasangan mata wang ini telah membuat penembusan harga yang baru. Berdasarkan pada carta setiap jam, RSI kelihatan positif, dan harga kini sedang didagangkan di atas DEMA 21 dan 40. Kini kita berkemungkinan akan dapat melihat isyarat terlebih beli pada carta setiap jam, oleh yang demikian harga berkemungkinan akan di tarik semula sebelum ia meneruskan pergerakkan menaik.
Cadangan Urusniaga Harian- Ambil pesanan membeli dengan menetapkan sasaran pada tahap 102.6
Sokongan: 101.88, 101.6, 101.0.

