
Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran menurun, sepertimana yang telah kita jangkakan, harga dilihat telah menguji tahap 1,312.42 pada jumlah purata. Emas masih lagi berada di dalam fasa pembetulan kenaikkan harga utama, tetapi kita berkemungkinan akan dapat melihat pengakhiran fasa pembetulan kenaikkan harga yang berpotensi. Kami juga mendapati bahawa terdapat penurunan di dalam jumlah pergerakkan menaik, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa kita berkemungkinan akan dapat melihat pergerakan penurunan harga. Harga telah ditolak daripada FusionExcel 100% kami pada tahap harga 1,333.00 dan EMAS dilihat telah memulakan pergerakan menurun. Para pedagang dinasihatkan untuk berhati-hati semasa mengambil pesanan membeli pada tahap ini sebagaimana kami mendapati penurunan di dalam jumlah pergerakkan menaik dan Emas kini sedang menghampiri pada tahap tinggi baru. Saya meletakkan tahap anjakan Fibonacci untuk mencari penurunan harga yang berpotensi dan kami mendapati FR 38.2% berada pada tahap harga 1,297.00 dan FR 61.8% pada tahap harga 1,274.00. Kami mensyorkan kepada para pedagang agar memerhatikan prgerakkan penurunan harga yang berpotensi.
Pangsi Harian Titik Fibonacci :
Tahap Rintangan:
R1: 1,331.51
R2: 1,334.13
R3: 1,338.37
Tahap Sokongan:
S1: 1,323.03
S2: 1,320.41
S3: 1,316.17
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa membeli Emas sebagaimana kami mendapati bahawa terdpaat penurunan di dalam jumlah pergerakan menaik dan emas kini dilihat sedang menghampiri pada tahap tinggi baru.