
Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF ini dijangkakan akan stabil dengan kecenderungan penurunan harga selepas harga mencecah tahap rendah tujuh minggu di tahap 0.8868 pada hari Selasa. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang negatif dan permintaan untuk mata wang franc semasa pasangan CHF/JPY mengukuh. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran penurunan harga, walaupun harga kemudiannya akan berada di dalam zon terlebih jual, purata pergerakkan 5 dan 15 hari kini kian menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8855; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.883. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.89. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8995 dan sasaran kedua pada tahap 0.902.
Tahap Rintangan:
0.8955
0.8995
0.902
Tahap Sokongan:
0.8855
0.883
0.88