
USD/CAD Gelombang Elliott
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang USD/CAD ini telah melanjutkan pergerakkan menaik, membangunkan gelombang (iii)/(c) (berwarna hijau) pada gelombang yang lebih besar [a](berwarna hitam). Berdasarkan pada carta 1 jam di atas, kami mendapati bahawa gelombang (ii)/(b) (berwarna hijau) telah melengkapkan kitaran pendek daripada tahap 1.1092 ke tahap 1.1059. Pada masa ini, kami melihat harga telah bergerak sedikit menghampiri ke kawasan 1.1190, berita yang dikeluarkan daripada Kanada dalam beberapa minit yang lalu telah mengerakkan pasangan komoditi ini dengan cepat, oleh itu kita akan melihat apakah cara yang terbaik untuk merancang perdagangan. Sementara pasangan mata wang USD/CAD ini masih lagi didagangkan di atas tahap 1.0949, maka kami hanya mahu mengambil pesanan membeli pada pengunduran harga yang seterusnya, tahap sokongan yang seterusnya bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada taahp 1.1050-1.1015 yang (50-61.8 % daripada gelombang)[a]. Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang Z perlu melanjutkan 61.8 % daripada gelombang W, maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang (i) dengan meletakkan kedudukan Take Profit pada tahap 1.1512 (61.8 % daripada gelombang W). Para pedagang jangka pendek boleh cuba untuk memjual jangka pendek terhadap tahap tinggi 1.1195.
Sokongan dan Rintangan
(S3) 1.1039, (S2) 1.1059, (S1) 1.1071, (PP) 1.1091, (R1) 1.1111, (R2) 1.1123, (R3) 1.1143.
Ramalan Dagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menaik. Itulah sebabnya kedudukan membeli akan berada pada tahap 1.0150 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 1.0949 dan Take Profit pada tahap 1.151 adalah dicadangkan.