
Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF dijangkakan akan diniagakan dengan risiko condong yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang positif. Walau bagaimanapun, kenaikan harga bagi pasangan USD/CHF ini telah terjejas ekoran daripada permintaan mata wang franc semasa pasangan EUR/CHF melemah dan sewaktu pasangan CHF/JPY ini mengukuh serta pelarasan jawatan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah penurunan harga, purata pergerakkan lima dan 15 hari kini kian menurun, tetapi stokastik masih dalam aliran kenaikkan harga di zon terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8910 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.893. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8845, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8825. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8860.
Tahap Rintangan:
0.891
0.893
0.865
Tahap Sokongan:
0.8845
0.8825
0.8875