Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 24 Februari, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-02-24T09:04:10

Analisis Teknikal Emas untuk 24 Februari, 2014

Harga emas telah menembusi garisan rintangan aliran penurunan condong merah jangka pendek seperti yang kita telah nyatakan didalam analisis kami yang terakhir. Ia telah membantu harga emas membentuk bahagian bawah dan corak pembalikan jangka pendek yang meramalkan bahawa harga akan mencapai pada tahap tinggi sebelumnya. Sepertimana yang telah dinyatakan dalam analisis kami yang terakhir, harga Emas telah disokong oleh petunjuk Ichimoku Cloud dan kami menjangkakan bahawa aliran kenaikkan harga ini akan menolak harga untuk bergerak lebih tinggi terutama jika rintangan jangka pendek yang terletak pada tahap harga $ 1,325 ini ditembusi.

Analisis Teknikal Emas untuk 24 Februari, 2014

Rintangan jangka pendek bagi Emas terletak pada tahap tinggi sebelumnya. Kami menjangkakan bahawa tahap tinggi ini telah ditembusi. Jika benar, maka sasaran yang seterusnya akan terletak pada tahap $ 1,345-50 dan seterusnya pada $ 1,370-90. Manakala sokongan jangka pendek pula dilihat berada pada tahap $ 1,320. Keseluruhan kawasan $ 1,320 - $ 1,290 adalah merupakan tahap sokongan untuk harga Emas.

Analisis Teknikal Emas untuk 24 Februari, 2014

Pada carta harian, harga emas juga dilihat telah menembusi garisan aliran rintangan penurunan condong merah jangka pendek jangka panjang sekaligus mengesahkan pandangan kami bahawa emas kini sedang menuju ke arah tahap $ 1,400. Harga kekal berdagang di dalam aliran menaik dan stop loss telah dinaikkan ke tahap $ 1,320.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...