Carta Harian: Indeks USDX menyatakan pergerakkan penurunan harga di separuh awal minggu ini, sebagaimana harga bagi pasangan mata wang ini telah jatuh kembali ke tahap sokongan 80.11. Sekiranya Indeks USDX berjaya mengukuh di bawah tahap ini, maka harga dijangkakan akan melanjutkan pergerakkan penurunan harga selama beberapa minggu dan Indeks USDX akan jatuh ke tahap sokongan yang terletak pada 79.19 dalam dagangan jangka masa panjang. Sebaliknya, jika Indeks USDX membuat lantunan semula kenaikkan harga di atas tahap 80.11 ini, maka kita akan dapat melihat harga meningkat ke tahap rintangan pada 80.62. Petunjuk MACD adalah negatif.

Carta 4H: Indeks USDX kelihatan telah mengukuh di atas tahap 80.15, oleh itu kecenderungan kenaikan harga kekal stabil. Walau bagaimanapun, sekiranya Indeks USDX ini tidak membuat penembusan harga pada tahap 80.09, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap 79.81. Buat masa ini, USDX telah menunjukkan pergerakan yang perlahan pada carta ini, oleh itu adalah dinasihatkan kepada para pedagang untuk menunggu sehingga harga membentuk corak menaik atau menurun. Petunjuk MACD adalah negatif.

Carta 1H: Indeks USDX mempunyai rintangan pada tahap 80.35, yang mana ia adalah bersamaan dengan purata pergerakkan 200 hari. Sekiranya Indeks USDX berjaya menembusi sokongan yang terletak pada tahap 80.15, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 79.88 yang mana ia akan menjadi pengukuhan penurunan harga pada carta ini. Sebaliknya, jika Indeks USDX ini menembusi pada tahap 80.35, maka harga dijangkakan akan meningkat hingga ke tahap 80.59. Petunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah neutral, yang mana ini adalah merupakan amaran bahawa USDX tidak mempunyai aliran urusniaga harian yang pasti.

Cadangan Perdagangan untuk Har Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 80.15, take profit di tahap 79.88, dan stop loss pada tahap 80.42.