
Huraian:
Sepertimana yang telah diketahui, kami menggunakan sejarah harga untuk menentukan harga masa hadapan. Sesudah itu, berdasarkan pada peristiwa-peristiwa yang terdahulu, harga bagi pasangan EUR/USD masih lagi didagangkan di antara nisbah 100% Penarikan semula Fibonacci pada tahap 1.3772 dan 23.6% Penarikan Semula Fibonacci pada tahap 1.3706. Secara khususnya, pasangan mata wang EUR/USD ini akan membentuk corak 'double top' di tahap harga 1.3772 pada 25 Februari 2014. Oleh itu, ia adalah sesuatu yang menguntungkan untuk jualan singkat di bawah tahap harga 1.3770 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.3732 untuk menguji titik pangsi mingguan. Selain itu, jika aliran harga ini berjaya menembusi titik pangsi mingguan, maka harga berkemungkinan akan meneruskan pergerakkan ke arah tahap 1.3691 (ia harus diperhatikan bahawa tahap 1.3691 akan bertindak sebagai taahp sokongan mingguan 1). Stop-loss harus ditetapkan di atas harga 1.3793. Walau apa pun, semak semula volatiliti pasaran sebelum melabur, sebagaimana harga dilihat berkemungkinan telah dicapai dan senario akan terbatal.