
Huraian:
Pasangan mata wang USD/JPY dijangkakan akan berdagang di dalam julat dagangan. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang positif(Indeks spot ICE terdahulu mencatatkan 80.43 berbanding 80.14 awal hari Rabu) selepas menerima kejutan di dalam laporan penjualan rumah baru Amerika Syarikat yang merekodkan kenaikan sebanyak 9.6%, bersamaan dengan tahap tinggi lima tahun iaitu 468,000 pada bulan Januari berbanding semakan semula bulan Disember yang hanya mencatatkan penjualan sebanyak 427,000 (berbanding ramalan yang mengunjurkan penurunan sebanyak 401,000 ). Pasangan mata wang USD/JPY ini juga disokong oleh permintaan dari pengimport Jepun dan pengembangan dasar monetari oleh Bank Jepun. Tetapi keuntungan bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah terjejas ekoran daripada penjualan eksport Jepun; kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah; penamatan dana pembiayaan perdagangan JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (Tolok ketakutan VIX meningkat 4.97% kepada 14.35, S&P ditutup mendatar semalam) sewaktu ketegangan tercetus di Ukraine sebagaimana Rusia telah meletakkan angkatan tentera untuk berjaga-jaga pada hari Rabu dan ketidaktentuan yang berlanjutan mengenai dasar yuan China sebagaimana renminbi jatuh ke paras rendah tujuh bulan berbanding dolar AS pada hari Rabu. Rakyat Bank China berkata bahawa selloff CNY akan mencerminkan kuasa pasaran dan tidak boleh disalah tafsirkan lagi pada hari Rabu, tetapi PBOC telah menurunkan kadar rujukan harian sejak yuan mula jatuh pada minggu lalu.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, tetapi stokastik kini dalam aliran penurunan harga di zon terlebih beli, julat dagangan 'outside-day-range' telah selesai pada hari Rabu.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101.65; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 101.35. Titik pangsi kekal berada pada tahap 102.25. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 102.50 dan sasaran kedua pada tahap 102.75.
Tahap Rintangan:
102.50
102.75
103.05
Tahap Sokongan:
101.65
101.35
101