
Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini dijangkakan akan didagangkan di dalam julat yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini disokong oleh selera risiko yang bertambah baik, permintaan dari pengimport Jepun dan perlonggaran dasar kewangan oleh BOJ. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang EUR/JPY ini telah terjejas ekoran daripada penjualan pengeksport Jepun, ketegangan yang tercetus di Ukraine, dan spekulasi bahawa Bank Pusat Eropah berkemungkinan akan melaksanakan perlonggaran dasar monetari pada mesyuarat minggu hadapan dan pelarasan jawatan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana stokastik telah jatuh daripada zon terlebih beli, tetapi MACD kini berada di mod kenaikkan harga, cartalilin kenaikkan harga bercorak Doji hammer telah selesai pada hari Khamis.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 170.8 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 171.2. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 169. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 168.35. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 169.35.
Tahap Rintangan:
170.8
171.2
171.6
Tahap Sokongan:
169
168.35
167.9