Ketegangan yang tercetus di Ukraine telah menyebabkan peningkatan pada volatiliti di dalam pasaran, harga Emas ditarik kembali ke arah zon sokongan $ 1,330-20 Di dalam analisis kami yang terakhir, kita ada menyatakan bahawa emas berkemungkinan besar akan ditarik semula ke arah tahap $ 1,335 dan ia akan menawarkan peluang membeli kepada para pedagang sebagaimana kedudukan stop loss bagi aliran menaik kini semakin dihampiri. Ambil pesanan membeli Emas di bawah tahap harga $ 1,340 dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $ 1,320. Aliran harga ini akan kekal menaik meskipun terdapat penurunan harga yang mendadak mendadak daripada tahap harga $ 1,355 baru-baru ini.

Aliran semasa harga menyokong gambaran kami bahawa harga kini sedang bergerak ke tahap yang lebih tinggi ke arah $ 1,360-70. Harga emas ini telah disokong oleh aliran menaik condong garisan aliran biru dan Ichimoku Cloud. Kami telah menetapkan kedudukan Stop Loss kami di bawah kedua-dua tahap sokongan. Penembusan harga di bawah tahap sokongan ini akan mendorong harga Emas untuk bergerak menuju ke arah tahap harga $ 1,305-10.

Carta harian menunjukkan bagaimana harga Emas telah bergerak di atas 61.8% Penarikan Semula Fibonacci dan sasaran kami yang seterusnya adalah pada penarikan semula 76.4% yang mana ia adalah merupakan tahap rintangan yang seterusnya bagi Emas. Aliran harga pada carta harian kekal menaik. Sekiranya tahap sokongan yang terletak pada $ 1,320 ini berjaya ditembusi, maka ia akan menolak harga untuk bergerak ke arah $ 1,290 sebagaimana tahap ini adalah merupakan taahp sokongan harian yang penting pada sesi dagangan akan datang.