Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 04 Mac, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-03-04T15:27:23

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 04 Mac, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 04 Mac, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga selepas mencecah hampir satu bulan rendah pada tahap 101.20 hari Isnin. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh aliran safe haven JPY dan penjualan mata wang yen di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (Tolok ketakutan VIX meningkat 14.29 % kepada 16.00, S&P jatuh 0.74% pada hari semalam) sewaktu peningkatan kebimbangan para pelabur terhadap krisis politik yang tercetus di Ukraine. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah didorong oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah dan jualan pengeksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY adalah disebabkan oleh permintaan daripada pengimport Jepun, perlonggaran dasar monetari oleh BOJ, dan sentimen dolar AS yang positif (Indeks Dolar Spot ICE terdahulu mencatatkan 80.06 berbanding 79.84 pada awal Isnin) selepas kenaikan yang lebih kukuh berbanding ramalan direkodkan di dalam PMI pembuatan ISM kepada 53.2 pada bulan Februari daripada 51.3 pada bulan Januari (berbanding 52.5 pada ramalan) , kenaikan 0.1% yang mengejutkan telah dicatatkan di dalam perbelanjaan pembinaan AS bagi bulan Januari (berbanding ramalan yang mengunjurkan penurunan sebanyak 0.5% ), PMI pembuatan akhir Markit Amerika Syarikat yang lebih tinggi pada bulan Februari, naik kepada 57.1 (berbanding anggaran awal sebanyak 56.7), lebih tinggi berbanding ramalan kenaikkan sebanyak 0.4 % di dalam perbelanjaan peribadi AS bulan Januari (berbanding ramalan +0.1 %).



Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah penurunan harga, purata pergerakkan lim ahari kini berada berada di bawah MA 15 hari dan kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 102.20 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 102.45. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 101.30. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 101.15. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 101.50.

Tahap Rintangan:
102.20
102.45
102.85

Tahap Sokongan:
101.30
101.15
100.85

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...