
Bahagian bawah yang terkenal telah ditubuhkan di sekitar tahap harga 1.6250. Tahap harga ini adalah bersamaan dengan beberapa tahap tinggi sebelumnya dan juga berpadanan dengan satu lagi bahagian bawah yang telah ditubuhkan baru-baru ini pada bulan Disember 2013.
Penembusan harga di atas zon harga 1.6590-1.6660 akan membuka jalan untuk harga bergerak terus ke arah had atas saluran seperti yang telah digambarkan di sekitar tahap 1.6820 di mana pasangan mata wang GBP/USD telah mendahului baru-baru ini.
Sepertimana yang telah dijangkakan, tidak lama selepas itu, harga telah kembali semula didagangkan dalam aliran penurunan harga ke arah tahap 1.6590-1.6660. Bahagian bawah menurun telah ditubuhkan di tahap tersebut pada 24 Februari yang lalu.
Aliran kenaikkan harga berkemungkinan akan mensasarkan sekurang-kurangnya ke tahap tinggi baru-baru ini di sekitar tahap 1.6800. Pasaran berkemungkinan akan menawarkan kemasukan MENJUAl baru pada ujian semula harga.
Sementara itu, pasangan mata wang kini sedang berdagang secara mendatar di dalam julat harga yang mana ia memerlukan penembusan harga yang jelas untuk menamatkan fasa kesesakan yang kini sedang berlaku.

Pasangan mata wang ini dilihat masih terperangkap di antara tahap 1.6730 (61.8% Fibonacci pada carta 4H) dan pada tahap 1.6590 (had yang lebih rendah di zon kesesakan).
Sepertimana yang telah digambarkan pada carta, aliran kenaikkan harga dilihat telah mencuba untuk menembusi di atas 61.8% Fibonacci sekitar tahap 1.6730. Walau bagaimanapun, penolakan aliran penurunan harga serta-merta telah berlaku sekaligus menolak harga ke tahap yang lebih rendah lagi.
Pengukuhan harga di bawah zon harga 1.6705-1.6735 akan membolehkan aliran penurunan harga impulsif mengambil tempat menuju ke arah tahap 1.6620 pada mulanya.
Tindakan harga harus diperhatikan semasa harga menguji semula zon harga pada tahap 1.6550-1.6470, ini kerana tawaran MEMBELI yang sah berkemungkinan akan ditawarkan dengan stop loss sebagaimana 4H telah menutup di bawah tahap 1.6500.
Sementara itu, Penjual perlu memerhatikan tahap tinggi baru-baru iaitu pada tahap 1.6820 untuk kemasukan MENJUAL baru dengan SL sebagaimana penutupan harian di atas 1.6850.