
Pasangan mata wang ini kekal berdagang di dalam aliran penurunan harga impulsif yang dimulakan daripada harga tinggi sekitar tahap 1.6820 selagi harga tertinggi ini tidak ditembusi.
Penembusan harga pada tahap 1.6600 adalah penting untuk mengesahkan aliran pembalikan dan mencetuskan penarikan semula harga yang lebih kukuh, yang mana ia akan berhentikan momentum kenaikkan harga jangka pendek buat seketika dan membuka jalan untuk harga bergerak ke arah tahap 1.6536 (50% Tahap ayunan Fibonacci di antara tahap 1.6250/1.6821) dan juga Permintaan psikologi pada tahap 1.6500.
Tahap harga 1.6600 kelihatan seolah-olah menyediakan sokongan yang besar bagi pasangan mata wang GBP/USD sehingga kini.
Aliran penurunan harga telah gagal untuk mengukuh di bawah tahap tersebut pada percubaan aliran penurunan harga hari Isnin. Sebaliknya, tekanan aliran menaik telah digunakan untuk menolak semula harga bergerak ke arah tahap 1.6750 dan 1.6800.
Corak 'double top' berkemungkinan akan dibangunkan disekitar tahap harga 1.6770 yang mana ia memerlukan penembusan harga pada neckline yang terletak disekitar tahap 1.6575. Sasaran unjuran dilihat secara kasar terletak pada 1.6400.

Aliran kenaikkan harga dilihat tertumpu di sekitar tahap 1.6600 memandangkan ia bertindak sebagai titik pembalikan ideal.
Penstabilan harga pada tahap 1.6600 akan melindungi pasangan mata wang ini daripada bergerak ke arah bawah. Ini akan membawa kepada fasa pengukuhan mendatar sebelum aliran kenaikkan harga berterusan berlaku pada minggu lalu.
Seperti yang telah dijangkakan, penembusan harga di atas tahap 1.6666 akan membuka jalan bagi harga bergerak menuju ke arah tahap 1.6740 yang mana tahap ini adalah bersamaan dengan 61.8% Fibonacci pada ayunan penurunan baru-baru ini seperti yang digambarkan pada carta 4H.
Penembusan harga di atas tahap 1.6740 adalah merupakan satu kemestian bagi membolehkan aliran kenaikkan harga kembali untuk menolak ke arah tahap 1.6820 sekali lagi.
Sebaliknya, penstabilan harga di bawah tahap tersebut akan memerangkap pasangan mata wang ini dengan bahagian belakang penembusan saluran di sekitar tahap 1.6650 (Tahap permintaan pada baru-baru ini) yang mana ia berkemungkinan akan membawa fasa pengukuhan mendatar sehingga data fundamental baru yang dikeluarkan akan mempengaruhi pergerakkan pasaran.