
Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan mengukuhkan di dalam julat yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh selera risiko pelabur yang semakin berkurangan dan penjualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini telah didorong oleh sentimen euro yang positif, permintaan dari pengimport Jepun dan perlonggaran dasar kewangan oleh BOJ. Carta harian dilihat masih berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menaik, purata pergerakkan 5 dan 15 hari kini kian meningkat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 171.3; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 170.5. Titik pangsi kekal berada pada tahap 172.9. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 173.60 dan sasaran kedua pada tahap 174.10.
Tahap Rintangan:
173.60
174.10
174.65
Tahap Sokongan:
171.30
170.50
170