Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 12 Mac, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-03-12T14:35:06

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 12 Mac, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 12 Mac, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan berdagang di dalam julat dagangan, Kenaikkan harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh penjualan mata wang franc semasa pasangan CHF/JPY melemah dan kenaikkan mata wang USD. Walau bagaimanapun, kenaikkan harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dihadkan oleh aliran safe haven CHF di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur dan permintaan franc sewaktu pasangan EUR/CHF melemah. Carta harian masih berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah penurunan harga, purata pergerakkan 5 dan 15 hari kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8730; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8715. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8790. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8815 dan sasaran kedua pada tahap 0.8840.

Tahap Rintangan:
0.8815
0.8840
0.8875

Tahap Sokongan:
0.8730
0.8715
0.8685

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...