
Huraian:
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan di dalam julat yang lebih rendah. kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh penamatan dana pembiayaan perdagangan JPY dan aliran safe haven yen di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur (Tolok ketakutan VIX tolok meningkatn sebanyak 4.23% kepada 14.8, S&P jatuh 0.51% pada hargi semalam) kebimbangan yang berterusan terhadap krisis di Ukraine. Crimea dijadualkan akan mengadakan referendum pada hari Ahad sama ada untuk berpecah dari Ukraine dan menyertai Rusia dan ekonomi China. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga didorong oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah, penjualan eksport Jepun dan penurunan yang lebih rendah berbanding ramalan di dalam laporan Indeks Keyakinan Perniagaan Kecil NFIB AS kepada 91.4 pada bulan Februari berbanding 94.1 pada bulan Januari (berbanding 93.4 pada ramalan). Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini diganggu oleh permintaan dari pengimport Jepun dan perlonggaran dasar kewangan oleh Bank Jepunr; BOJ dijangkakan akan mengekalkan dasar monetari tidak berubah pada hari Selasa sebagaimana ia telah berjanji untuk mengembangkan asas kewangan tahunan sebanyak 60 hingga 70 trilion yen.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran kenaikkan harga, purata pergerakkan 5 hari berada di atas MA 15 hari dan ia kian meningkat, walau bagaimanapun stokastik berada didalam aliran penurunan harga di wilayah terlebih beli.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 102.4; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 102.2. Titik pangsi kekal berada pada tahap 103.15. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 103.4 dan sasaran kedua pada tahap 103.7.
Tahap Rintangan:
103.4
103.7
104
Tahap Sokongan:
102.4
102.2
102.05