Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah melanjutkan pergerakkan penurunan harga dari tahap 1.6785 menuju ke arah tahap yang lebih rendah pada 1.6596. Penurunan harga yang lebih mendalam adalah dijangkakan dalam tempph beberapa hari yang akan datang, dan sasaran akan ditetapkan pada atahp 1.6500. Rintangan bagi pasangan mata wang ini terletak pada tahap 1.710, hanya penembusan harga di atas paras ini berpotensi untuk mencetuskan kenaikan harga yang seterusnya bagi membolehkan harga menguji semula rintangan yang terletak pada tahap 1.6822.
Berdasarkan pada carta harian, pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi garisan aliran sokongan, menyebabkan harga membentuk corak rendah yang lebih rendah dan tahap tinggi yang lebih rendah sekaligus telah mendorong gambaran penurunan harga. Di Asia, pasangan mata wang GBP/USD kini sedang didagangkan pada tahap 1.6620. Julat dagangan semasa kini terletak pada tahap 1.6637-1.65808. Selepas harga berjaya menembusi pada mana-mana bahagian, kita akan dapat melihat pergerakkan kenaikkan harga yang selanjutnya. Pergerakkan harga di bawah tahap 1.6543 akan mendorong prospek penurunan harga.
GAMBARAN URUSNIAGA HARIAN-
Ambil pesanan membeli di atas tahap 1.6627 dengan menetapkan sasaran di tahap 1.6644, 1.6662, 1.6682, dan 1.6741.

Merujuk pada carta 4H dan 1H, RSI memberikan perbezaan yang positif. Oleh itu, kita boleh menjangkakan bahawa akan ditarik semula. Untuk sesi urusniaga harian, pasangan mata wang ini akan mempunyai beberapa kekuatan hanya di atas tahap 1.6627 dan pembalikan harga akan mengambil tempat di atas tahap 1.6631. Sekiranya pasangan ini didagangkan di atas tahap 1.6631, maka kita akan dapat melihat tahap 1.6644, 1.6662, 1.6682, 1.6741 dan tahap serta-merta.