Pasangan mata wang EUR/USD ini kekal di dagangkan di dalam aliran menaik dari tahap 1.3477, penurunan harga daripada tahap 1.3915 boleh dianggap sebagai pengukuhan aliran menaik. Sokongan utama bagi pasangan mata wang ini terletak di garisan aliran menaik pada carta 4-jam. Selagi garisan aliran sokonganini mengukuh, maka aliran kenaikkan harga berkemungkinan akan dilanjutkan, dan tahap sasaran yang seterusnya akan berada di sekitar kawasan 1.4000. Hanya penembusan harga yang jelas di bawah garisan aliran sokongan akan menandakan isyarat kenaikkan harga berakhir.
Di dalam carta harian, pasangan mata wang ini dilihat mempunyai rintangan yang kuat pada tahap 1.3915. Pergerakkan kenaikkan harga yang seterusnya hanya berlaku di atas tahap 1.3915 ke arah tahap 1.40. Semasa sesi perdagangan semalam, kami mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1,.3877 dengan sasaran diletakkan pada tahap 1.3898, 1.3915, dan 1.40. Kami kini sedang menunggu sasaran akhir. Pada aliran menurun, pergerakkan harga di bawah tahap 1.3880, harga akan jatuh ke tahap 1.3860, 1.3833, 1.3812, dan 1.3782 (urusniaga harian). Penembusan harga baru hanya di atas tahap 1.3964 ke arah tahap 1.40 dan 1.4171.
Cadangan Urusniaga Harian-
Ambil pesanan membeli pada tahap 1.3915 dengan menetapkan sasaran pada tahap 1.3664 dan 1.40.
Ambil pesanan menjual pada tahap 1.3880 dengan menetapkan sasarna pada tahap 1.3860, 1.3833, 1.3812, dan 1.3782.
