
Zon kesesakan terdahulu yang terletak di antara tahap harga 1.0850 dan 1.0960 telah menyediakan sokongan yang kuat semasa ujian semula harga pada 19 Februari yang lalu. Ia telah membawa harga didagangkan semula ke arah tahap 1.1190 di mana pasangan mata wang USD/CAD telah mendahului pada 21 Februari lalu dan mewujudkan corak pembalikan 'Double top'.
Tahap harga 1.0950 dan 1.0850 bukan sahaja bersamaan dengan zon kesesakan terdahulu tetapi juga bersamaan dengan garisan aliran menaik yang dimulakan pada September 2013, oleh itu pasaran berkemungkinan akan menawarkan peluang MEMBELI yang baik di sekitar tahap 1.0900 dengan stop loss sebagai penutupan harian di bawah tahap 1.0850.
Pada masa ini, pasangan mata wang ini secara kasar terperangkap dalam zon kesesakan baru yang terletak di antara tahap harga 1.0960 dan 1.1190.
Sebagaimana yang telah diramalkan, pembetulan penurunan harga telah mengambil tempat pada hari ini ke arah tahap 1.1000. Apa jua pergerakkan pembetulan penurunan harga harus menembusi di atas tahap 1.1000. Jika tidak, struktur lanjutan kenaikkan harga akan terancam menuju terus ke arah tahap 1.0950.

Pada hari semalam, aliran penurunan harga telah berjaya untuk menutup di bawah paras sokongan yang terletak pada tahap 1.1060. Ia telah membuka jalan untuk harga bergerak menuju ke arah tahap 1.1000 yang mana telah ditembusi pada hari ini.
Sebuah segi tiga simetri sedang kelihatan pada carta 4H. Tahap tinggi yang lebih rendah dan tahap rendah yang lebih tinggi sedang ditubuhkan. Ini menunjukkan kebimbangan pasaran. Walau bagaimanapun, ia adalah jelas bahawa tekanan penurunan harga sedang digunakan pada had yang lebih rendah di tahap 1.1000.
Penembusan harga pada tahap 1.1000 akan membenarkan pergerakan hara yang cepat untuk mengambil tempat ke arah tahap 1.0950 dan kemudianya ke arah tahap 1.0900 yang mana tahap ini adalah bersamaan dengan tahap rendah sebelumnya yang masing-masing telah ditubuhkan pada 6 Mac dan 19 Februari lalu.
Sementara itu, mana-mana penembusan kenaikkan harga perlu mengukuh di atas tahap 1.1060 pada mulanya bagi membolehkan pasangan mata wang ini mengumpulkan momentum yang mencukupi untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi lagi.