
USD/CAD Gelombang Elliott
Pasangan mata wang USD/CAD dilihat telah berdagang dengan sangat baik sama seperti yang dirancangkan pada analisis terakhir kami, membangunkan gelombang (iii) (berwarna hijau) pada gelombang yang lebih besar [c](berwarna hitam). Berdasarkan pada carta dagangan jangka pendek di atas, kita telah dapat melihat kenaikan harga yang kuat daripada paras 1.1020 (pengakhiran semasa untuk gelombang (ii)) ke arah tahap 1.1195, pasangan mata wang kini sedang berada di dalam gelombang (iii) yang mempunyai pergerakan lebih tinggi, oleh itu rancangan ini akan kekal tidak berubah, para pedagang dinasihatkan untuk memerhatikan penarikan semula harga bagi membolehkan kita memasukkan semula kedudukan membeli. Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang (iii) perlu melanjutkan 161.8% daripada gelombang (i), maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang (i) dengan meletakkan kedudukan Take Profit pada tahap 1.1348 (161.8% daripada gelombang (i)). Untuk melindungi kedudukan pesanan kita, kita boleh menggunakan tahap 1.1060, sebagai stop loss, kesemua pedagang yang telah mengambil pesanan membeli seharusnya mengerakkan kedudukan Stop Loss ke titik pulang modal.
Sokongan dan Rintangan
(S3) 1.0939, (S2) 1.0982, (S1) 1.1059, (PP) 1.1102, (R1) 1.1179, (R2) 1.1222, (R3) 1.1299.
Ramalan Perdagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menaik. Itulah sebabnya kedudukan membeli akan berada pada tahap 1.1140 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 1.1060 dan Take Profit pada tahap 1.1348 adalah dicadangkan.