
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang GBP/CHF ini telah bergerak ke arah atas untuk menguji tahap sokongan yang telah bertukar menjadi garisan rintangan sebagaimana yang telah diramalkan. Pergerakkan harga ke tahap yang lebih rendah adalah dijangkakan daripada tahap 1.4650/70 pada masa sekarang. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memulakan kedudukan menjual dan juga mencari peluang untuk menambah pesanan menjual yang seterusnya pada tahap harga semasa. Risiko kekal terletak sekurang-kurangnya di atas tahap 1.4700.
2. Rintangan yang paling hampir bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 1.4850, diikuti oleh tahap 1.4950/60 dan 1.5120, manakala tahap sokongan pula telah melalui tahap 1.4350, dan masing-masing diikuti dengan tahap 1.4200 dan seterusnya tahap yang lebih rendah.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang GBP/CHF harus bergerak menuju ke bawah ke arah tahap 1.4350 sebelum penarikan semula harga yang ketara berlaku. Ambil pesanan menjual semasa kenaikkan harga adalah pilihan utama di dalam strategi perdagangan ini.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual pada masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap 1.4710, dan sasaran di tahap 1.4350.
Semoga berjaya!