Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CAD untuk 27 Mac, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-03-27T00:01:27

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 27 Mac, 2014

Pasangan mata wang USD/CAD ini telah didagangkan di dalam aliran menurun daripada tahap 1.1279. Pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi daripada segitiga simetri. Kini ia sedang didagangkan di bawah tahap penembusan tersebut. Pada sesi dagangan Asia, pasangan mata wang ini sedang didagangkan pada tahap harga 1.1102. Tahap harga 1.1083 (SMA50) adalah merupakan tahap sokongan utama manakala tahap harga 1.10718 (EMA40) adalah merupakan tahap sokongan kecil. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap 1.1083, maka harga diramalkan akan bergerak ke tahap yang lebih rendah semasa sesi perdagangan yang seterusnya menuju ke arah garisan penurunan berwarna ungu atau lebih rendah pada tahap 1.0955 (Tahap rendah 06 Mac)

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 27 Mac, 2014


Berdasarkan pada carta 4H, pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi sokongan yang terletak di sekitar tahap 1.1090-1.1081. Pada aliran menurun, jika pasangan mata wang ini menembusi di bawah paras harga 1.1090, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 1.1026 dan 1.0955. Pada aliran menaik, tahap harga 1.1164 adalah merupakan rintangan besar sekiranya harga mengukuh pada tahap 1.1081. Berdasarkan pada carta mingguan, RSI dilihat lebih memihak kepada pesanan menjual. Ambil pesanan menjual senasa kenaikkan harga adalah merupakan strategi terbaik untuk pemegang kedudukan.


Analisis Teknikal USD/CAD untuk 27 Mac, 2014
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...