
AUD/USD Gelombang Elliott
Pasangan mata wang AUD/USD ini dilihat telah meneruskan dagangan ke tahap yang lebih tinggi didalam beberapa sesi dagangan yang lalu sama seperti yang kita jangkakan, membangunkan gelombang impulsif [iii] (berwarna hitam) pada gelombang C yang lebih besar (berwarna biru). Berdasarkan pada carta 1 jam di atas, kita dapat melihat penembusan harga pada tahap sasaran pertama kami yang terletak di tahap 0.9204, 100% daripada (w) = (y), dan kini kami sedang menuju ke arah tahap 0.9255 yang mana ia telah bertindak sebagai tahap rintangan seterusnya yang berpotensi dan pengakhiran bagi gelombang [iii]. Strategi perdagangan kita untuk hari ini adalah mencari keduduakn menjual pada penembusan harga di bawah garisan aliran menurun (garisan aliran kelabu pada carta). Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang [iv] perlu menjejaki semula 50% daripada gelombang [iii], maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang [iii] dengan meletakkan kedudukan Take Profit pada tahap 0.9090 (50% daripada gelombang [iii]). Petunjuk RSI menunjukkan kecapahan pada Carta 1 jam, ini adalah merupakan petunjuk pertama bagi perubahan aliran harga yang berpotensi di dalam pasaran.
Sokongan dan Rintangan(S3) 0.9080, (S2) 0.9116, (S1) 0.9171, (PP) 0.9207, (R1) 0.9262, (R2) 0.9298, (R3) 0.9353.
Ramalan Perdagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menurun. Itulah sebabnya kedudukan menjual akan berada pada tahap 0.9200 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 0.9090 dan Take Profit pada tahap 0.9280 adalah dicadangkan.