Dalam beberapa tahun terakhir catatan saya, saya nyatakan betapa pentingnya tahap rintangan 80.40. Indeks Dollar amsih gagal untuk menembusi pada tahap rintangan ini dan harga telah ditolak. Ini menyebabkan harga menembusi di bawah sokongan jangka pendek pada 80.25. Penembusan harga di bawah tahap sokongan jangka pendek ini telah menolak indeks bergerak menuju ke arah sokongan awan Ichimoku.

Indeks Dollar tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Tidak mempunyai aliran harga yang jelas. Harga lebih cenderung bergerak mendatar diantara tahap rintangan utama 80.40 dan sokongan jangka pendek awan Ichimoku pada tahap 80-79.80.

Berdasarkan pada carta harian, kita dapat melihat indeks dolar kini sedang menghampiri rintangan awan Ichimoku. Awan ini mempunyai cerun ke arah bawah manakala pergerakan mendatar telah membawa harga lebih hampir dengan rintangan. Ini bermakna bahawa tidak lama lagi kita akan dapat melihat penembusan harga di atas tahap 80.40-50 dan pergerakkan harga menuju ke arah tahap 81 atau penolakan harga di tahap 80.40-50 dan penarikan semula harga ke arah tahap 79.50. Selagi Indeks Dolar didagangkan di bawah tahap 80.40, maka saya mencadangkan kepada anda untuk memilih kedudukan menjual.