
Zon kesesakan yang terdahulu pada tahap 1.0900-1.0950 telah menyediakan sokongan yang ketara pada ujian semula harga 19 Februari lalu. Ia telah membawa semula harga menuju ke arah tahap 1.1190 di mana pasangan mata wang USD/CAD ini telah menubuhkan zon pengukuhan diantara tahap harga 1.0960 dan 1.1190.
Carta yang digambarkan menunjukkan bahawa pasangan mata wang USD/CAD ini tidak mempunyai momentum kenaikkan harga yang mencukupi di atas tahap 1.1200. Seperti yang telah kita jangkakan, ia telah mendedahkan zon harga 1.1000-1.1020 sebagai isyarat dominasi penurunan harga.
Sekiranya tahap sokongan semasa pasangan ini gagal untuk mengukuh di atas tahap tersebut, maka zon sokongan akan datang kepada pasangan mata wang yang kini terletak pada tahap 1.0920-1.0840 untuk menembusi Tahap Fibonacci penting ayunan menaik baru-baru ini.
Ia dijangkakan akan memberikan tekanan kenaikkan harga yang ketara.
Sementara itu, zon harga yang terletak pada tahap 1.1130-1.1150 dijangkakan akan menyediakan rintangan juga. Zon harga ini adalah bersamaan dengan tahap tinggi sebelumnya yang telah ditubuhkan pada Mac 12, 21 Februari dan 30 Januari lalu. Apa jua penembusan harga akan menawarkan kemasukan MENJUAL yang sah dengan Stop Loss ditetapkan di atas tahap 1.1185.
Pasangan mata wang ini masih terperangkap di antara tahap harga 1.1000 dan 1.1150 dalam segi tiga yang digambarkan sehingga penembusan harga berlaku dalam mana-mana arah.
Penembusan penurunan harga adalah lebih cenderung untuk berlaku.