
USD/CAD Gelombang Elliott
Pada minggu lalu, pasangan mata wang USD/CAD ini dilihat telah meluangkan lebih banyak masa untuk berdagang didalam julat dengan kecenderungan penurunan harga. Berdasarkan pada carta 1-jam pasangan, kami mendapati bahawa garisan aliran harga yang lebih rendah pada Segi Tiga telah berakhir semasa sesi awal dagangan New York hari Jumaat, yang mana ia telah mengesahkan pergakhiran bagi gelombang [iv]. Daripada tahap 1.1045, kami mempunyai empat sub-gelombang dan kita memerlukan satu lagi sub gelombang untuk melengkapkan pembetulan MENDATAR, tumpuan kami pada minggu ini adalah untuk memerhatikan peluang membeli dalam gelombang Z (berwarna merah). Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang Z perlu melanjutkan 100% daripada gelombang W, maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang W dengan menetapkan kedudukan Take Profit pada tahap 1.1495 (100% daripada gelombang W). Para pedagang yang telah mengambil pesanan menjual, anda seharusnya mengambil sedikit keuntungan pada masa ini dan mencari tahap 1.0950 sebagai sasaran terakhir.
Sokongan dan Rintangan
(S3) 1.0967, (S2) 1.0985, (S1) 1.1009, (PP) 1.1027, (R1) 1.1051, (R2) 1.1069, (R3) 1.1093.
Ramalan Perdagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menaik. Itulah sebabnya kedudukan membeli akan berada pada tahap 1.0950 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 1.0800 dan Take Profit pada tahap 1.1495 adalah dicadangkan.