
Berdasarkan pada carta 4H hari ini, perak dilihat sedang didagangkan diantara tahap sokongan 19.75 dan di bawah tahap rintangan 20.20 selepas ia gagal untuk menembusi tahap rintangan pada minggu lalu dan melantun daripada tahap tersebut untuk mengambil pergerakkan sedikit menurun dan pada masa ini ia sedang menguji semula sokongan yang terletak pada tahap 19.75 dan mengulangi senario pada minggu lalu. Pada masa ini, kami mencadangkan kepada para pedagang untuk menunggu sehingga harga menutup di atas tahap rintangan 20.20 sekiranya harga melantun dari tahap sokongan untuk memberikan kita satu peluang baru untuk isyarat membeli baru dengan sasaran pertama ditetapkan beberapa pips di bawah tahap rintangan 20.50, dan selepas harga berjaya menembusi tahap rintangan ini, perak diramalkan akan membuka jalan menuju ke arah tahap rintangan 20.90, yang mana ini menandakan bahawa akan terdapat isyarat kenaikkan harga yang seterusnya.
Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (20.90), R2 (20.50), R1 (20.20), S1 (19.75) S2 (19.50)