Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal #USDX untuk 8 April, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-04-08T07:42:33

Analisis Teknikal #USDX untuk 8 April, 2014

Indeks Dollar telah ditarik semula selepas ditolak oleh rintangan kuat pada tahap 80.60-70 seperti yang telah dijangkakan dalam analisis kami semalam. Penarikan semula harga ini berpotensi untuk menjadi ujian semula penembusan harga dan boleh mencapai sokongan Ichimoku Cloud seperti yang telah kami nyatakan semalam.

Analisis Teknikal #USDX untuk 8 April, 2014

Dan ini adalah apa sebenarnya yang berlaku. Indeks Dollar telah ditarik semula ke arah sokongan Ichimoku Cloud yang terletak di atas paras harga 80. Indeks Dollar pada masa ini sedang diniagakan di atas sokongan. Sekiranya indeks Dollar bergerak di bawah tahap 80, maka aliran kenaikkan harga akan berada dalam bahaya. Penembusan harga di bawah 79.70 akan mengesahkan bahawa Indeks Dolar akan bergerak ke tahap yang lebih rendah ke arah 79.20 dengan peningkatan peluang untuk harga mencatatkan tahap rendah baharu.

Analisis Teknikal #USDX untuk 8 April, 2014

Carta harian menunjukkan dengan jelas bagaimana indeks ditolak oleh rintangan Ichimoku Cloud harian. Kini harga akan menguji sekali lagi garisan sokongan aliran menaik condong biru. Saya percaya bahawa terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa tahap sokongan ini akan ditembusi dan indeks akan berbalik semula ke atas ke arah tahap 80.50 sekali lagi. Penembusan harga di atas tahap 80.60 akan menolak indeks untukbergerak menuju ke arah tahap 81. Penembusan harga di bawah tahap 79.70 akan menolak indeks ke arah 79.20.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...