
Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah. Kadar harga bgi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang negatif, permintaan franc semasa pasangan EUR/CHF melemah dan kenaikkan bulanan sebanyak 0.4% dalam laporan CPI Switzerland bagi bulan Mac. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan USD/CHF ini adalah dipengaruhi oleh penjualan mata wang franc semasa pasangan CHF/JPY melemah dan pendirian dasar monetari oleh Bank Negara Swiss. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, purata pergerakkan lima dan lima belas kian meningkat, tetapi stokastik kini sedang beralih kepada aliran penurunan harga pada zon terlebih beli.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8830. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8810. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8870. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8890 dan sasaran kedua pada tahap 0.8910.
Tahap Rintangan:
0.8890
0.8910
0.8940
Tahap Sokongan:
0.8830
0.8810
0.8775